
PERSATUAN PERANAKAN CINA KELANTAN (PPCK)
Laman Web Rasmi
Kelantan Peranakan Chinese Association

Agihan Bantuan Tabung Kebajikan Dato Tiew Pang Hock


Sumbangan dialu-alukan

Agihan Bantuan Tabung Kebajikan Dato Tiew Pang Hock
MENGENAI PPCK
Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK) ditubuh dan didaftar pada 15 Febuari 1989. Tujuan penubuhannya adalah demi memikul satu harapan supaya Peranakan Cina Kelantan yang tinggal di kawasan luar bandar iaitu sekitar lembah sungai Kelantan dapat hidup dengan selesa, harmoni, permuafakatan yang harus dan mampu mengikuti arus pembangunan negara.


Galeri Peranakan
Cina Kelantan
Rumah yang akan dijadikan Galeri PCK pernah menjadi kediaman keluarga En. Yeap Boon Yang. Bangunan tersebut kini berusia kira-kira satu abad dan menampakkan seni bina pertukangan Cina lama yang jarang ditemui hari ini. Justeru, struktur dan senibina rumah itu sendiri akan menjadi sebahagian daripada 'pameran' yang signifikan dalam Galeri. Ruang-ruang pameran akan disusun atur dengan mengambil kira struktur asal bangunan berkenaan.