top of page

Tanggal 24 Jun 2015, PPCK mengorak lembaran baru dengan pengumuman untuk mewujudkan sebuah Galeri PCK. Pengumuman ini adalah bersempena dengan penyerahan sebuah rumah lama yang bertempat di Jalan Wan Ahmad, Bandar Tanah Merah, yang disumbangkan oleh Penaung PPCK En. Yeap Boon Yang kepada Persatuan semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-24.

 

Projek galeri yang julung kalinya dijalankan ini dinamakan sebagai Galeri Peranakan Cina Kelantan atau ringkasnya Galeri PCK, Tanah Merah.

 

Di bawah naungan PPCK, sebuah jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Galeri telah ditubuhkan untuk menguruskan segala hal-ehwal berkenaan Galeri PCK. Kini, Galeri sedang dalam peringkat awal fasa pembaikpulihan dan pengubahsuaian bangunan. Galeri PCK dijangka akan dapat disiapkan dalam tempoh 15 bulan.

 

Galeri Peranakan Cina Kelantan

bottom of page