top of page

Konsep Galeri

Galeri PCK akan berfungsi sebagai pusat sehentian (one stop centre) kepada masyarakat umum, penyelidik atau pendidik, para pelancong mahupun ahli komuniti sendiri, yang ingin mengenali, melihat dan memahami dengan lebih lanjut keunikan etnik Peranakan Cina Kelantan secara holistik.

 

Galeri PCK memberi penekanan kepada aspek mendidik dan membuka minda pengunjung agar tertarik untuk memahami dan mendalami kehidupan komuniti Peranakan Cina Kelantan yang sejajar dengan objektif penubuhan Galeri ini. Hasrat kami ialah agar pengunjung ke Galeri PCK akan membawa pulang pengetahuan dan pengalaman baru lagi bermakna tentang komuniti ini, dan bukan sekadar peluang bergambar sahaja!

 

Berpegang kepada konsep ini, bahan-bahan pameran akan dipersembahkan secara interaktif dalam pelbagai bentuk menarik dan dinamik yang dapat merangsang deria dan pemikiran pengunjung. Medium bahasa yang akan digunakan untuk pameran ialah Dialek Kelantan, bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin. Galeri PCK juga adalah galeri 'hidup' di mana ia akan mempunyai sudut ruangan khas untuk aktiviti-aktiviti seperti deklamasi sajak/puisi/pantun, syarahan umum, forum, tayangan filem, demonstrasi kebudayaan dan sebagainya, yang akan dijalankan dari semasa ke semasa secara berkala. Justeru, selain daripada menyerlahkan kedua-dua aspek intangible dan tangible warisan Peranakan Cina Kelantan, Galeri PCK juga akan berfungsi sebagai satu hab untuk aktiviti-aktiviti warisan dan penyelidikan ilmiah berkenaan komuniti ini.

bottom of page