top of page

Perkembangan Semasa Galeri PCK

Majlis Menandatangani MOU & Perjanjian Galeri Komuniti Peranakan Cina Kelantan

13 November 2016

Memorandum Persefahaman (MOU) dan Perjanjian Galeri Komuniti Peranakan Cina Kelantan telah dimeterai antara Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan PPCK pada 13 November 2016. Majlis telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM, Johor Bahru, Johor.

Mesyuarat AJK Galeri bersama wakil UTM

1 April 2016

Perbincangan dengan wakil UTM berkenaan kerjasama PPCK-UTM dalam menjayakan projek Galeri PCK.

Perbincangan MOU PPCK-UTM

3 Februari 2016

Perbincangan MOU antara wakil UTM & Wakil PPCK utk pembentukan Galeri Komuniti PCK Tanah Merah

Gotong-royong pra-pengubahsuaian bangunan Galeri

4 Januari 2016

Tahun baru, semangat baru. 

 

Gotong-royong kerja-kerja persediaan untuk pengubahsuaian bangunan Galeri telah bermula buat julung kalinya. Turut serta hadir dan memberi sokongan padu hari ini ialah Penaung PPCK En. Yeap Boon Yang yang juga merupakan penyumbang bangunan dan tapak bangunan ini kepada PPCK semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 lepas.

Pembentangan lukisan terukur

20 Ogos 2015

Lukisan terukur Galeri telah dibentangkan oleh Dr. Lim Yong Long dari UTM kepada PPCK pada mesyuarat peringkat AJK Biro Kebudayaan dan Warisan.

Penyelidikan dan pengumpulan baju kebaya

3-6 Ogos 2015

Penyelidikan rintis dan pengumpulan sampel pakaian tradisional khususnya dalam kalangan golongan wanita PCK telah dijalankan oleh Dr. Pue Giok Hun dari Institut Kajian Etnik (KITA), UKM dengan dibantu Pn. Sek Shoa Chioa, En. Lee Hok Cheng dan En. Owi Kian Eng dari Biro Kebudayaan dan Warisan PPCK.

Pembinaan lukisan terukur

Julai 2015

Lukisan terukur untuk mendapatkan profail bangunan rumah lama En. Yeap Boon Yang dilakukan oleh Dr. Lim Yong Long dari Fakulti Alam Bina UTM.

Lawatan AJK Galeri ke Kuala Lumpur & Melaka

19-21 Jun 2015

Lawatan bertujuan untuk mendapatkan gambaran dan idea tentang konsepsualisasi dan operasionalisasi galeri dan muzium berskala kecil. Lima lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka telah dilawati iaitu Lim Lian Geok Memorial, Kuala Lumpur City Gallery, Royal Selangor Visitor Centre, Muzium Chetti, Straits Chinese Jewelry Museum dan Baba-Nyonya Heritage Museum.

Mesyuarat AJK Galeri kali pertama

14 Mei 2015

Mesyuarat AJK Galeri telah dijalankan buat julung kalinya pada 14 Mei 2015 bertempat di Pejabat PPCK, jam 8.00 malam. Antara lain, perbincangan mesyuarat berkisar kepada konsep dan nama galeri, cadangan susun atur ruang dan kandungan pameran, dan kos perbelanjaan.

24 April 2015

Sumbangan diserahkan secara simbolik kepada President PPCK En. Lim Kam Hong semasa Mesyuarat Agung Tahunan PPCK yang ke-24 di Dewan Terbuka Keng Choo Temple di Kg. Jelatok, Tanah Merah.

Please reload

bottom of page