top of page

Kos Perbelanjaan

Rumah keluarga En. Yeap Boon Yang yang akan dijadikan Galeri PCK kini berusia kira-kira satu abad dan digunakan sebagai kediaman keluarga Yeap sebelum disewakan kepada pengusaha taska. Sebelum bangunan itu dapat dijadikan sebagai sebuah galeri, rumah tersebut perlu melalui kerja-kerja pembaikpulihan dan pengubahsuaian. Kerja-kerja ini bertambah kompleks dengan usaha untuk mengekalkan struktur dan seni bina pertukangan Cina lama yang jarang ditemui hari ini. Kerja-kerja pembaikpulihan dan pengubahsuaian ini akan dijalankan oleh PPCK sendiri di bawah penyelenggaraan AJK Galeri dengan kerjasama sekumpulan pakar yang diketuai oleh Dr. Lim Yong Long dari Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

 

Setakat ini, kos perbelanjaan untuk membaikpulih dan mengubahsuai bangunan kepada Galeri, selain penyediaan bahan-bahan pameran dan operasi, adalah dianggarkan berjumlah RM200,000.

bottom of page