top of page

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24 PPCK

Pada 24 April 2015 (Jumaat), PPCK telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24 bertempat di Keng Choo Temple di Kg. Jelatok, Tanah Merah. Selain dihadiri ahli persatuan dan ahli komuniti setempat, mesyuarat turut menerima kehadiran 24 orang ahli baru yang mendaftar pada hari tersebut. Anak-anak ahli PPCK yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, SPM dan STPM diraikan dalam mesyuarat tersebut dengan diberikan sijil Anugerah Kecemerlangan Akademik PPCK dan saguhati. Agenda mesyuarat yang paling signifikan ialah pengumuman PPCK untuk mewujudkan sebuah Galeri PCK bersempena dengan penyerahan sebuah rumah lama oleh Penaung PPCK, En. Yeap Boon Yang, kepada persatuan, pada mesyuarat tersebut. Pada mesyuarat tersebut, Boon Yang menyerahkan gambar lama rumah berkenaan yang terletak di Jalan Wan Ahmad, Tanah Merah, kepada Pengerusi PPCK En. Lim Kam Hong sebagai simbolik penyerahan. Penyerahan simbolik ini disaksikan bersama Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Kelantan, En. Oie Poh Choon dan Dr. Lim Yong Long, pensyarah dari Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Featured Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
bottom of page