top of page

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dan Perjanjian Galeri Komuniti Peranakan Cina Ke


Tanggal 13 November 2016, PPCK mengorak satu lembaran baru dalam lipatan sejarah persatuan dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) dan Perjanjian Galeri Komuniti Peranakan Cina Kelantan di antara Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu, Universiti Teknologi Malaysia (KALAM-UTM) dengan PPCK. Majlis berkenaan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru dengan dihadiri oleh perwakilan daripada kedua-dua belah pihak.

Perjanjian yang ditandatangan oleh Dekan Institut Infrastruktur Pintar dan Pembinaan Inovatif (ISIIC) Prof. Dr. Muhd Zaimi Majid dan Pengerusi PPCK, En. Lim Kham Hong antara lain akan melibatkan kerjasama untuk tempoh lima tahun dalam lima bidang utama iaitu pendidikan dan penyelidikan, geran penyelidikan dan biasiswa, komersialisasi, pemindahan ilmu dan perkhidmatan masyarakat serta pertukaran maklumat.

Featured Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
bottom of page