Program Penglibatan Pelajar-Komuniti UTM-PPCK-NiTech, 28 Jun - 7 Julai 2015
Universiti Teknologi Malaysia (UTM, Skudai) dan Nagoya Institute of Technology (NiTech), Jepun serta Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK) akan mengadakan satu program penglibatan Pelajar-Komuniti dalam pelan cadangan revitalisasi kampung Peranakan Cina Pasir Parit (Chekok), Pasir Mas, Kelantan. Seramai enam pelajar NiTech, tujuh pelajar serta seorang pensyarah UTM jurusan senibina akan bersama komuniti setempat untuk menjayakan program ini yang akan bermula pada 28 Jun hingga 7 Julai 2015.
Tujuan Program
Program penglibatan pelajar Jepun-Malaysia dengan komuniti ini bertujuan untuk menterjemahkan inspirasi pembangunan penduduk setempat ke dalam satu pelan konsep induk yang praktikal. Sepanjang program ini, pelajar-pelajar akan melakukan inventori kampung, menganalisa dan mensintesis potensi-potensi kampung, mencadang konsep dan strategik pembangunan yang bersesuaian dengan konteks setempat dan menghasilkan model kampung dan cadangan warisan senibina PCK yang berpontensi untuk direvitalisasikan semula untuk fungsi baru.