Program Penglibatan Pelajar-Komuniti dalam Cadangan Revitalisasi Kampung Peranakan Cina Kelantan di
- 7 Jul 2015
- 1 min membaca
Universiti Teknologi Malaysia (UTM, Skudai) bersama Nagoya Institute of Technology (NiTech), Jepun serta Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK) telah mengadakan satu program penglibatan Pelajar-Komuniti dalam pelan cadangan revitalisasi kampung Peranakan Cina Pasir Parit (Chekok), Pasir Mas, Kelantan. Seramai enam pelajar NiTech, tujuh pelajar serta seorang pensyarah UTM jurusan senibina telah bersama komuniti setempat untuk menjayakan program ini yang bermula pada 28 Jun hingga 7 Julai 2015.
Program penglibatan pelajar Jepun-Malaysia dengan komuniti ini bertujuan untuk menterjemahkan inspirasi pembangunan penduduk setempat ke dalam satu pelan konsep induk yang praktikal. Sepanjang program ini, pelajar-pelajar telah melakukan inventori kampung, menganalisa dan mensintesis potensi-potensi kampung, mencadang konsep dan strategi pembangunan yang bersesuaian dengan konteks setempat.
Hasil kerja pelajar telah dipamer untuk perkongsian bersama komuniti setempat dan orang awam di Tir Kun Temple di Kampung Pasir Parit pada 5 Julai 2015 (Ahad), dari 2 petang hingga 6 petang.












































Komen