top of page

Program Inventori Rumah Tradisional Cina Kampung

Bermula dari 25 Jun 2016, PPCK bekerjasama dengan Pusat Kajian Alam Bina Lingkungan Melayu (KALAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menjalankan Program Inventori Rumah Tradisional Cina Kampung.

Program ini bertujuan untuk merekod taburan, profil senibina/binaan, perubahaan dan keadaan rumah-rumah tradisional Cina Kampung (Cina Peranakan Kelantan) yang masih wujud di kira-kira 70 buah perkampungan di seluruh Kelantan. Data ini seterusnya menjadi dokumen rujukan dan asas kepada perancangan masa hadapan untuk mengekal atau memulihara warisan senibina Cina Kampung di Kelantan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Ia juga berpotensi dijadikan sebahagian daripada pameran Galeri PCK akan datang.

Rumah-rumah lama yang dipilih untuk inventori terdiri daripada rumah lama/kayu, termasuk yang pernah membuat pengubahsuaian dengan masih mengekalkan sebahagian yang lama.

Kerja-kerja kutipan data dijalankan selama sebulan oleh sekumpulan mahasiswa jurusan senibina dari KALAM-UTM diketuai oleh Dr. Lim Yong Long dengan dibantu oleh PPCK sebagai penyelaras dan beberapa ahli komuniti CPK dilantik sebagai wakil komuniti di kampung-kampung yang terlibat.

Hasil daripada program ini, sebuah laporan akan diterbitkan dalam bentuk empat jilid oleh pihak UTM.

Semoga program ini berjalan lancar dan membawa manfaat kepada pengekalan warisan Cina Peranakan Kelantan dan komuniti setempat.

Featured Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
bottom of page